Sunday, 25 February 2018

JOM ! JAWAB SOALAN SIKIT !!

Selamat Mencuba!

1. Satu naskah tawaran yang dikeluarkan oleh pihak klien apabila ia berhasrat untu melaksanakan sesuatu projek



2.Berapakah Tempoh Sah Laku Jaminan Bagi Perlaksanaan Bon Selepas Dari Tarikh Tamat Kontrak Atau Selepas Obligasi Terakhir



3.Berfungsi untuk melindungi pekerja dari sebarang bentuk kemalangan yang berlaku di tempat kerja .



4.Pilih satu tindakan yang tidak tersenarai dalam seksyen 14(1)



5.Berapakah Tempoh Memberi Maklumbalas Bertulis Selepas Menerima Notis Dari Pihak Penguasa ?



6.Berapakah Had Jam Bagi Kerja Lebih Masa Dalam Satu Bulan?



7.Siapakah Yang Berhak Meluluskan Lanjutan Masa?



8.Pilih Satu Perkara Yang Tidak Boleh Dibawa Ke Pihak Penimbang Tara



9.Pilih Satu Kesan Yang Tidak Tersenarai Terhadap Kerja Tidak Siap



10.Berapakah Had Masa Bekerja Secara Berterusan?





GAME !!!! MARI MAIN GAME !!!!!

Wheel of Fortune Bingo

TOPIK 7: DISPUTE AND ARBITRATION

DEFINISI DISPUTE (PERTIKAIAN)
Satu perbezaan pendapat yang terjadi antara dua belah pihak atau lebih yang tidak bersetuju dengan sesuatu perkara.Pertikaian juga bermaksud satu perselisihan,pembantahan atau pertentangan.Mahkamah Keadilan Antarabangsa pula mentakrifkan pertikaian sebagai “ketidak persetujuan atas sesuatu perkara undang-undang atau fakta,sesuatu konflik atas sesuatu pendapat undang-undang atau kepentingan di antara dua pihak”

DEFINISI ARBITRATION (TIMBANG TARA)

Mediation-Rundingan dengan pengantaraan pihak ketiga (pengantara)

Adjudication-perselisihan yg dikemukakan kepada adjudicator untuk keputusan yang mengikat kecuali diganti oleh timbang tara / litigasi.

Arbitration-perselisihan yang dikemukakan kepada penimbang tara untuk keputusan yng mengikat

Litigation-proses membuat tuntutan sivil di mahkamah undang-undang.

HUBUNGAN ANTARA PERTIKAIAN DAN TIMBANG TARA

Apabila timbul pertikaian,maka pertikaian perlu diselesaikan atau dikawal.Pertikaian perlu dikawal demi menjamin pelaksanaan projek pembinaan tersebut dan juga kebaikan pihak-pihak yang terlibat dan akan merujuk kepada timbang tara untuk selesaikan masalah.

 Terdapat 2 cara penyelesaian pertikaian iaitu sama ada melalui kaedah tradisional iaitumahkamah atau melalui kaedah alternatif iaitu timbang tara.

Bagi memperolehi keputusan yang adil maka penimbang tara perlu menjalankan tanggungjawab supaya pertikaian kedua-dua belah pihak dapat diselesaikan.

 Jika pertikaian ini berlaku yang membangkitkan dalam kontrak maka jika masalah pertikaian itu tidak diselesaikan maka akan dirujuk kepada timbang tara supaya mendapat keputusan yang muktamad.
 

BERDASARKAN PAM CONTRACT 2006 

34.5

Sekiranya terdapat pertikaian antara majikan dan kontraktor sama ada semasa kemajuan atau selepas penyelesaian atau kelebihan kerja-kerja mengatasi
Perkara yang berkaitan dengan kontrak mengikut PAM 34.5 a,b,c,d dan e.
34.6

Mana-mana pihak boleh memberi notis bertulis kepada pihak yang satu lagi bahawa pertikaian/perbezaan sedemikian hendaklah dikehendaki kepada seseorang penimbang tara untuk dipersetujui antara pihak-pihak.
Selepas 21 hari jika kedua-duanya tiada keputusan maka Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia akan melantik penimbang tara.

34.7

Apabila perlantikan, penimbang tara hendaklah memulakan proses timbang tara selaras dengan peruntukan akta timbang tara 2005 atau mana-mana pengubahsuaian berkanun atau re-enactment kepada akta dan kaedah timbang tara PAM atau apa-apa pengubahsuaian atau semakan terhadap kaedah-kaedah sedemikian

34.8

Kuasa yang ada pada penimbang tara pada kontrak dan akan semak kontrak dan ada kuasa untuk ubah kontrak.

Untuk mengarahkan pengukuran dan penilaian sedemikian sebagaimana yang pada pendapatnya wajar untuk menentukan hak pihak-pihak.

Untuk menentukan dan memberi apa-apa jumlah yang sepatutnya menjadi subjek atau termasuk dalam mana-mana sijil.

BERDASARKAN PWD FORM 203A

66.1 sehingga 66.11

66.3

Pertikaian /perbezaan sedemikian akan ditakrifkan kepada timbang tara dalam tempoh empat puluh lima (45) hari kepada seorang penimbang tara yang akan dipersetujui antara pihak-pihak dan gagal dalam perjanjian sedemikian untuk dilantik oleh Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau di Kuala Lumpur atas permohonan salah satu pihak timbang tara akan didengar di Pengarah Pusat Serantau Kuala Lumpur untuk timbang tara dan hendaklah dijalankan mengikut kaedah untuk timbang tara menggunakan kemudahan dan system yang terdapat di pusat.



Prosedur :                  
 a) untuk melantik/ menarik diri penimbang tara                  
 b) Untuk menyelesaikan pertikaian    

Timbang tara klausa 66.9 (P.W.D FORM 203A)
 
Sekiranya penimbang tara hendak menarik diri/mati atau ketidakupayaan maka pihak-pihak perlu melantik orang lain untuk menjadi penimbang tara.
 
Jika terdapat pihak yang tidak bersetuju untuk melantik penimbang tara, maka penimbang tara hendaklah dilantik oleh Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur.

Jika salah satu pihak gagal melantik atau kedua-dua penimbang tara itu gagal bersetuju untuk penimbang tara yang ketiga dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan bertulis.
 
Maka mana-mana pihak boleh memohon kepada Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur untuk perlantikan tersebut.
 
Dalam melantik seorang penimbang tara Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur atau Mahkamah Tinggi mestilah memberi perhatian kepada apa-apa kelayakan yang dipersetujui, pertimbangan lain dan seorang penimbang tara berkerakyatan.
 
Tiada rayuan boleh diambil terhadap apa-apa keputusan Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur atau Mahkamah Tinggi.



Untuk Menyelesaikan Pertikaian

32. (1) Jika, semasa prosiding timbang tara, pihak-pihak menyelesaikan pertikaian, tribunal timbang tara hendaklah menamatkan prosiding itu dan, jika diminta oleh pihak-pihak dan tidak dibantah oleh tribunal timbang tara itu, merekodkan penyelesaian dalam bentuk suatu award atas terma yang dipersetujui.

(2) Suatu award mengikut terma yang dipersetujui hendaklah dibuat mengikut peruntukan seksyen 33 dan hendaklah menyatakan bahawa ia suatu award.

(3) Suatu award yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai suatu award mengikut merit kes itu.

Terdapat 2 cara penyelesaian pertikaian iaitu sama ada melalui kaedah tradisional iaitu mahkamah atau melalui kaedah alternatif iaitu timbang tara.
 

Kepentingan Menggunakan Timbang Tara Dalam Kontrak Pembinaan

Dapat memilih ahli-ahli tribunal timbang tara untuk mendengar kes tertentu bergantung kepada spesifikasi kes /Dapat memilih penimbng tara sendiri mengikut kepakaran dlm bidang yg terlibat dlm perselisihan tersebut.

Pihak2 mempunyai banyak alternative utk memilih kaedah tatacara yg akan dikenakan terhadap pertikaian

Merupakan resolusi pertikaian , yang biasanya lebih cepat dan lebih murah (Pendengaran yang lebih cepat dan kurang kertas kerja bermakna kos yang lebih rendah ditanggung oleh pihak2)

Ia adalah peribadi - tidak ada rekod awam tentang apa-apa prosiding, walaupun tidak semestinya sulit.

Pihak2 blh bersetuju bahawa maklumat yg didedahkan semasa rundingan tidak dapat digunakan nanti.  

Keburukan Menggunakan Timbang Tara Dalam Kontrak Pembinaan 

Pihak-pihak mesti menanggung kos penimbangtara dan tempat masing-masing.

Kadang-kadang timbang tara hanya meniru proses pengadilan dan sehingga anda tidak mendapatkan kelebihan informal dan kecepatan.

Kuasa terhad paksaan atau sanksi jika satu pihak gagal mematuhi arahan penimbangtara, yang dapat memperlambatkan prosesnya.

Hak rayuan terhad/ keputusan penimbang tara adalah mutamad.









Award Timbang Tara

Dokumen yang memberi dan menerangkan keputusan penimbang tara.

Ia merupakan secara bertulis yg ditandatangani oleh mereka. (m/s 27,33.1)

Klausa 66.8- 203A/2010 (pwd) &  klausa 34.11 (pam)  “award”  adalah mengikat kedua-dua belah pihak.

Seorang penimbang tara mempunyai kuasa utk mengeluarkan interim, separa dan award akhir.

Selepas award dibuat, Salinan award itu yg ditandatangani oleh penimbang tara, hendaklah dihantar kepada setiap pihak.

Pembetulan dan tafsiran award / award tambahan (m/s 29, 35)

Dlm masa 30hari dari tarikh award dikeluarkan.

Award adalah muktamad dan mengikat (m/s 30,36)

Penimbang tara tidak boleh mengubah, memininda, memperbetulkan, mengkaji semula, menambah atau membatalkan award yg tela dibuat kecuali yg diperuntukan secara khusunya dalam seksyen 35.
 
Kesan Timbang Tara Kepada Kontrak

Sekiranya bankrup, perbicaraan perlu diteruskan sama ada selesaikan masalah bankrupt atau ganti dengan orang lain.(m/s 40/ 49.1)

Klausa 66.6 (pwd) - Jika apa-apa prosiding timbang tara yang dijalankan menurut fasal 66.3, pihak-pihak boleh membuat apa-apa tuntutan balas berhubung dengan apa-apa pertikaian atau perbezaan yang timbul daripada kontrak

Sebarang keputusan PP secara bertulis dan akan mengikat pihak2 kontrak sehingga siap kerja.

TOPIK 6 :COMPLETION OF WORK

DEFINISI PENYIAPAN KERJA

Dalam sesuatu pelaksanaan projek,apabila ia telah mencapai atau hampir kepada kearah penyiapan kerja, pihak kontraktor adalah layak dipertimbangkan untuk pengeluaran Sijil Siap Kerja ( CPC )

Kesan daripada pengeluaran Sijil Siap Kerja ( CPC ) akan mengakibatkan bermulanya tempoh liabiliti kecacatan ( DLP ) selama 12 bulan untuk kontraktor konvensional atau 24 bulan untuk kontrak design and build .


Bagi memahami maksud penyiapan kerja yang praktikal, kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor harus mencapai tahap yang disenaraikan berikut yang terkandung dalam klausa 39.5 – syarat-syarat kontrak :

     ►Kerja siap mengikut syarat-syarat kontrak

     ►Membolehkan kerajaan menggunakan bangunan

         dengan sepenuhnya melainkan terdapat kerja-

          kerja kecacatan kecil.

     ►Kerja telah lulus pengujian dan pertauliahan (T&C)

     ►Fit to purpose

      ►Semua kemudahan asas telah lengkap dan siap 

          serta boleh digunakan.

TUGAS PIHAK PENGUASA PADA PERINGKAT PENYIAPAN KERJA

Pihak penguasa bertanggungjawab mengeluarkan Perakuan Siap Kerja (PSK) setelah memenuhi perkara-perkara berikut :

1- kerajaan boleh mendapat penggunaan yang penuh,dan dengan sewajarnya dan mendapat manfaat berhubung dengan tujuan kerja dilaksanakan meskipun masih terdapat baki kerja yang sangat kecil sifatnya yang perlu dilaksanakan dengan syarat ia tidak menghalang atau mengurangkan penggunaan
2- Kerja telah disiapkan menurut terma-terma dan syarat-syarat kotrak

3-Kerja telah lulus ujian pentauliahan menurut peruntukan kontrak

4-Semua keperluan perkhidmatan seperti jalan masuk,lanskap(sekiranya berkaitan),tempat letak kereta dan sebagainya

5-Kerja telah disiapkan dan disiapkan kepada kerajaan agar ia adalah sesuai untuk penghunian

Pihak Penguasa juga hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja kepada kontraktor dan menyalinkan perakuan tersebut kepada pihak-pihak berkaitan termasuk kepada Bon Perlaksanaan (jika berkaitan)dan juga Syarikat Insurans yang memberi perlindungan kepada projek tersebut.

 Tarikh yang diisytiharkan siap oleh Pihak penguasa dalam Perakuan Siap Kerja itu merupakan tarikh bermulanya Tempoh Tanggungan Kecacatan
 
Garis Panduan Penyiapan Kerja
Tujuan

    - Menggariskan langkah-langkah yang harus
      diambil bagi pengeluaran Perakuan Siap 
      Kerja ( PSK ) . 
Penyiapan Kerja Yang Praktikal (klausa 39)
Penyiapan  Kerja  adalah apabila semua  skop Kerja telah siap mengikut kontrak serta semua kemudahan/peralatan dapat berfungsi dengan baik. 
 
Kerja adalah dianggap telah mencapai penyiapan  praktikal apabila telah  memenuhi fungsi pembinaannya atau boleh  diduduki dan  digunakan  walaupun masih  terdapat ketidak sempurnaan/ kecacatan kecil yang tidak menjejaskan fungsi dan boleh beroperasi sepenuhnya. 
Apabila Kerja dikatakan telah mencapai penyiapan praktikal lebih awal atau pada tarikh siap kontrak, satu pemeriksaan bersama oleh Kontraktor, P.P., Jabatan/Pelanggan dan pegawai-pegawai yang terlibat hendaklah diatur. 
 
Dimana Kerja telah siap dengan praktikal, P.P. hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja. 
 
Kerja yang telah siap tersebut akan diserahkan oleh Kontraktor kepada JPS yang seterusnya akan menyerahkannya kepada pihak Jabatan/Pelanggan. 
Siap Berbahagian-bahagian (Klausa 41)
Syarat-syarat Kontrak mengandungi satu peruntukan yang membenarkan Kerajaan menghendaki kerja disiapkan dalam seksyen atau bahagian. 
Sekiranya ini diperlukan, seksyen atau bahagian Kerja tersebut hendaklah dikenalpasti dan dinyatakan di dalam dokumen tender/kontrak.
 
Sekiranya Siap Berbahagian-bahagian bagi kerja dinyatakan di dalam Kontrak, maka peruntukan Syarat-syarat Kontrak mengenai peruntukan tertentu hendaklah terpakai bagi tiap-tiap satu seksyen atau bahagian seolah-olah tiap-tiap satu atau bahagian adalah kontrak berasingan. 

Peruntukan-peruntukan  tersebut  adalah seperti berikut:

(a)    Penyiapan Kerja (Klausa 39)

(b)    Ganti Rugi Kerana Tak Siap (Klausa 40)

(c)    Kelambatan dan Lanjutan Masa (Klausa 43)

(d)    Kecacatan Selepas Siap (Klausa 45)

Walau bagaimanapun, bagi insuran kerja, bon pelaksanaan dan bayaran muktamad adalah untuk keseluruhan kontrak. 
 
Manakala bagi tempoh tanggungan kecacatan pula, tarikhnya bermula dari tarikh penyiapan praktikal bagi tiap-tiap bahagian atau seksyen tersebut.

Pendudukan Separa (Klausa 42)

Syarat-syarat Kontrak mengandungi satu peruntukan yang membenarkan Kerajaan mengambil milik dan menduduki mana-mana bahagian Kerja.
 
Bahagian yang telah diambilalih dianggap telah mencapai penyiapan kerja yang praktikal.

Perkara-perkara yang perlu diambil tindakan sekiranya Pendudukan Separa diambil oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
 
1.P.P. hendaklah mengeluarkan Perakuan Pendudukan Separa dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh pemilikan
 
2.Tempoh tanggungan kecacatan bagi bahagian Kerja yang diambil milik dan diduduki hendaklah bermula dari tarikh Kerajaan mengambil milik dan menduduki bahagian Kerja tersebut.
 
3.Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) yang dinyatakan dalam kontrak akan dikurangkan mengikut kadar jumlah nilai bahagian yang diambil milik dan diduduki berbanding dengan Jumlah Harga Kontrak

Maklumat-maklumat Tambahan Yang Berkaitan Dengan Penyerahan Kerja

Setelah Perakuan Siap Kerja dikeluarkan, Kerajaan akan mengambil milik Kerja tersebut
 
Kontraktor hanya bertanggungjawab atas kerugian dan/atau kerosakan yang menyebabkan Kerja tidak mematuhi Kontrak.  
Setelah Kerja/bangunan diterima, kunci akan diserahkan kepada pihak pelanggan.
 
Dokumen-dokumen berkaitan dengan penyenggaraan Kerja seperti manual operasi dan perjanjian penyenggaraan serta ‘as built drawings’ hendaklah diserahkan kepada Jabatan/Pelanggan.

 
 
Perakuan Siap Kerja





Kesan Daripada Perakuan Siap Kerja 

a) Menandakan bermulanya  tempoh tanggungan kecatatan yang kebiasannya selama  12 bulan.   Walau   bagaimanapun   ia   bergantung   kepada   syarat   kontrak   (fasal   45).   Kontraktor bertanggungjawab untuk membaiki dengan kos sendiri apa juga kecatatan yang timbul dalam tempoh tersebut.

b) Menandakan tamatnya perakuan interim (fasal 47). Kebiasannya bayaran interim dibuat setiap bulan. Apabila perakuan siap kerja dikeluarkan, bermakna tidak ada lagi bayaran interim  yang dibuat secara berkala. Bagaimanapun selepas perakuan siap kerja dikeluarkan mungkin mendapat satu atau dua bayaran dikeluarkan sebelum bayaran muktamad dibuat. Bayaran selepas
perakuan siap kerja dikeluarkan ini adalah untuk membayar kerja yang dilaksanakan dari bayaran interim terakhir hingga ke tarikh perakuan siap kerja tersebut.

c) Menandakan tamatnya tanggungjawab kontraktor terhadap ganti rugi kerana tidak siap (fasal 40). Pengiraan tempoh ganti rugi adalah bermula dari tarikh perakuan kerja tidak siap dan akan berakhir apabila perakuan siap kerja dikeluarkan.

d) Menandakan  tamatnya  tanggungjawab kontraktor  terhadap  insurans kerja (fasal  36).
Semasa pembinaan, risiko ini diranggung oleh syarikat insurans. Tetapi apabila klien mengambil
alih projek atau bangunan tersebut dilindungi.

e) Pemulangan separuh  daripada nilai bon  perlaksanaan  (fasal 37)  bagi projek  dimana
kontraktor memilih wang jaminan perlaksanaan sebagai ganti bon perlaksanaan dalam bentuk
bank atau   insurans gerenti. Peruntukan  ini   tidak dinyatakan   di  dalam  fasal  37.



Dalam melaksanakan pembangunan sesuatu projek ada ketikanya klien mempunyai kehendak-kehendak tertentu dan untuk beberapa tujuan tertentu.

Contohnya ada klien yang mahukan sebahagian bangunan disiapkan lebih awal dari bangunan yang lain, mungkin untuk tujuan memulakan perniagaan atau operasi awal dibangunan tersebut. 

Ataupun klien memerlukan beberapa unit disiapkan lebih awal bagi tujuan dijadikan sebagai rumah contoh untuk mempromosikan jualan untuk menarik minat bakal pembeli 

Pengertian Siap Berbahagian-bahagian 

Borang kontrak JKR 203A fasal 41 memperuntukan agar sesuatu projek disiapkan secara berperingkat-peringkat.

Siap berbahagian-bahagian ini membawa maksud tarikh siap bagi sesuatu bahagian, seksyen atau blok dalam satu projek yang mengandungi beberapa bangunan atau skop kerja, berbeza-beza mengikut tarikh atau tempoh masa yang telah dipersetujui.

Tahap siap yang dimaksudkan dalam kes ini membawa makna blok atau bangunan tesebut telah mencapai tahap penyiapan praktikal di mana bahagian berkenaan telah dilaksanakan menepati kehendak kontrak, berfungsi dengan baik dan boleh digunakan atau diduduki dengan selesa.





Kesan Daripada Siap Berbahagian-bahagian

Penyiapan praktikal bagi bahagian tertentu dalam kes berbahagian-bahagian memberi kesan kepada
peruntukan-peruntukan berikut:-

a)Perakuan siap kerja (Fasal 39)
b)Kelambatan dan Lanjutan masa (Fasal 43)
c)Gantirugi kerana tidak siap (Fasal 40)
d)Tempoh liability kecatatan (Fasal 45)                         
(rujuk 10.1.3 dan 10.1.4) iaitu dari segi garis panduan dan aturcaranya

Klausa-klausa Yang Terlibat

a) Perakuan siap kerja (Fasal 39)
Seperti yang diterangkan diatas, bahagian berkenaan telah mencapai tahap penyiapan praktikal mengikut keperluan dan garis panduan yang dinyatakan.

b) Kelambatan dan Lanjutan masa (Fasal 43)
Lanjutan masa bagi bahagian berkenaan diurus secara berasingan daripada bahagian yang lain.
Contohnya : sekiranya berlaku kelewatan , kontraktor layak mendapat lanjutan masa
Maka,kontraktor perlu memohon untuk bahagian berkenaan sahaja tanpa mengaitkannya dengan bahagian yang lain

c) Gantirugi kerana tidak siap (Fasal 40)
Seperti juga lanjutan masa, gantirugi kerana tidak siap diurus secara berasingan seolah-olah bahagian berkenaan adalah projek yang berasingan.
 Tanggungjawab kontraktor terhadap gantirugi kerana tidak siap (jika digunapakai) akan tamat apabila bahagian berkenaan mencapai Penyiapan praktikal dan disahkan dengan mengeluarkan perakuan serahan kerja berbahagian.

d) Tempoh liability kecatatan (Fasal 45)
Tempoh liability kecatatan bermula sebaik sahaja perakuan siap kerja berbahagian dikeluarkan.
Dalam tempoh ini kontraktor bertanggungjaawab membaiki dengan kos sendiri segaa kecatatan yang ada pada bahagian berkenaan.
Walaubagaimanapun, peruntukan kepada perkara-perkara berikut tidak terlibat dan diambil kira untuk keseluruhan kontrak








Kesan Terhadap Kerja Tidak Siap

 Kontraktor dikenakan Denda Ganti Rugi yang telah ditetapkan oleh LAD seperti yang dinyatakan dalam borang kontrak

Prestasi kontraktor akan terjejas untuk menerima tender yang baru

Sekiranya,selepas sijil Perakuan Kerja Tidak Siap dikeluarkan dan didapati prestasi kerja kontraktor tidak memuaskan , pihak klien berhak untuk menamatkan kerja kontrak.

Pihak kontraktor tidak dibenarkan untuk dikenakan denda LAD ketika pembayaran interim sehinggalah Perakuan Sijil Tidak Siap Kerja (CNC) dikeluarkan dan ditandatangan oleh pihak SO atau Pengarah Projek.


 
Carta Aliran Penyediaan dan Penyerahan Perakuan Kerja Tidak Siap