Sunday, 25 February 2018

TOPIK 3 : PEMILIKAN TAPAK BINA

Definisi Pemilikan Tapak Bina

Penyerahan kawasan pembinaan milik klien kepada kontraktor bagi tujuan pembinaan mulai tarikh milik tapak bina hingga pembinaan mencapai tahap penyiapan praktikal.

Penyerahan kawasan pebinaan kepada kontraktor bagi tujuan pembinaan mulai dari tarikh milik tapak sampai ke tarikh penyiapan praktikal


Pengenalan Pemilikan Tapak Bina


  • Pemilikan tapak bina membawa maksud tapak bina atau kawasan yang berkaitan diserahkan kepada kontraktr bagi tempoh tertentu bagi beliau memulakan pembinaan 
  • Secara dasar apanila tapak bina diserahkan kepada kontraktor , beliau berhak untuk melakukan apa jua aktiviti yang berkaitan dengan pembinaan yang dirancang.
  • Bagaimana ia tidak pula bermaksud wujudnya suatu tenensi. Oleh itu aktiviti yang dilaksanakan di dalam kawasan tapak bina terhad kepada aktiviti pembinaan sahaja.
  • Disamping melaksanakan aktiviti pembinaan , kontraktor juga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tapak bina dan semua aktiviti yang dilaksanakan. 
  • Maka sebab itulah hanya orang-orang tertentu sahaja yang diberi kebenaran memasuki tapak bina pada masa-masa tertentu dan munasabah.
  • Mereka yang memasuki tapak bina tanpa kebenaran, secara umumnya kontraktor dan klien tidak akan bertanggungjawab keatas kemalangan tersebut
  • Dengan penyerahan Tapak bina kepada kontraktor Bagi tujuan pembinaan ini, Maka Klien hanya akan mengambil alih semula tapak atau kawasan tersebut sehinggalah perakuan siap kerja , pendudukan separa , siap berbahagian-bahagian dikeluarkan atau penamatan pengambilan kerja kontraktor dilakukan
Tarikh dan kelewatan penyerahan tapak bina

Penentuan tarikh penyerahan tapak bina adalah sepertimana yang dinyatakan dalam surat setujuterima yang dihantar oleh klien kepada kontraktor.

Tarikh inilah yang dijadikan asasuntuk menentukan tarikh siap dengan mengambil kira tempoh pembinaan yang ditawarkan oleh kontraktor semasa beliau menender

Pada kebiasaanya, tarikh penyerahan tapak bina ini adalah dua minggu selepas surat setujuterma.

Temph dua minggu ini bertujuan memberi peluang kepada kontraktor menyediakan persiapan yang perlu sebelum sebelum memulakan kerja seperti memenuhi syarat-syarat berkaitan insurans dan bon perlaksanaan dan juga persiapan dari segi tenaga kerja, jentera dan kewangan. 

Tarikh yang dinyatakan dalam surat setujuterima ini akan dinyatakan dalam lampiran kepada syarat-syarat kontrak semasa peyediaan dokumen kontrak sebagai rujukan untuk pentadbiran kontrak. 

Perancangan yang dibuat ada ketikanya tidak menjadi kenyataan . Penyerahan tapak bina kepada kontraktor yang asalnya dirancang pada tarikh tertentu juga tidak terkecuali dari kemungkinan ini. 

Atas sebab-sebab tertentu penyerahan tapak bina mungkin terpaksa ditanggungkan . Borang Kontrak PWD 203A fasal 38(d) dan 38(e) memberi ruang kepada masalah ini dimana kelewatan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kelewatan tidak melebihi 90 hari iaitu 3 bulan dan kelewatan melebihi 90 hari iaitu 3 bulan

i) Kelewatan tidak melebihi 90 hari iaitu 3 bulan

Bagi kelwatan yang tidak melebihi 90 hari iaitu tiga bulan pemberitahuan tentang kelewatan ini memadai dengan pihak penguasa mengeluarkan arahan tentang pindaan terhadap tarikh penyerahan tapak bina dari tarikh yang terdapat dalam surat setujuterima ke sau tarikh yang lain .

Kontraktor tidak mempunyai pilihan selain daripada menerima pindaan ini kerana pindaan ini merupakan arahan yang perlu dipatuhi seperti yang diperuntukkan dan dibenarkan dalam kontrak

Disamping itu, kontrak juga tidak layak untuk membuat apa-apa tuntutan terhadap kos atau kerugiaan yang dialaminya yang berpunca dari pidaaan tarikh milik tapak bina ini.

Kontraktor juga tidak berhak untuk menamatkan khidmatnya mengikut fasal 51 Lanjutan daripda mengikut pindaan tarikh milik tapak bina ini, tarikh siap kerja juga dilanjutkan mengikut bilangan hari tapak bina tersebut lewat diserahkan kepada kontraktor

ii) Kelewatan melebihi 90 hari iaitu 3 bulan 

Bagi kelewatan yang melebihi 90 hari iaitu 3 bulan dari tarikh asal penyerahan tapak bina, pihak penguasa dikhendaki mengeluarkan notis kepada kontraktor menyatakan terdapatnya kelewatan dengan memberikan sebab-sebab kelwatan tersebut. 

Setelah menerima notis dari pihak penguasa tersebut kontraktor perlu memberi maklumbalas bertulis dalam tempoh 14 hari.

Kontraktor mempunyai dua pilihan dalam situasi begini. Pertama, Beliau menerima atau bersetuju dengan penangguhan tersebut, beliau tidak berhak membuat apa-apa tuntutan yang sabit dari penangguhan ini

Kedua kontraktor menamatkan perkgidmatannya sendiri. Pilihan ini tidak melucutkan hak-hak dan remedi lain yang dimiliki oleh kontraktor seperti haknya dalam aspek undang-undang.

Mengikut borang kontrak PWD 203A inilah satu-satunya ruang yang membolehkan kontraktor menamatkan pengambilan kerjanya sendiri.

Bagaimanapun hak ini diberikan sebelum kontraktor memulakan apa-apa kerja di tapak bina. Pada dasarnya peruntukkan ini tidak memberi kelayakkan kepada kontraktor untuk membuat tuntutan terhadap kerugian atau perbelanaan yang berpunca dari kelewatan oleh klien memberi milik tapak bina adalah dirasa kurang sesuai dalam keadaan-keadaan tertentu.

Umpamanya kontraktor yang mempunyai semangat yang tinggi ingin memulakan projek secepat yang mungkin, sudah pastinya akan membuat segala persiapan yang perlu seperti membayar pendahuluan untuk penempahan jentera, pekerja dan lain-lain.

Apabila tarikh milik tapak bina ditunda ke tarikh yang agak lama sehingga menyebabkan pendahuluan yang dibayar dikira hangus, maka adalah kurang wajar dalam kes ini jika kontraktor tidak diberi pampasan.

Berlainan pula dengan, kontraktor yang belum membuat persiapan atau belum membuat apa-apa bayaran pendahuluan. Dari segi kos mungkn tidak terdapat kerugian walaubagaimanapun mungkin juga terdapat implikasi lain seperti gangguan perancangan kontraktor atau sebgainya tergadap projek berkenaan dan juga projek-projek lain yang sedang dijalankan

Bagi kedua-dua keadaan di atas, kontraktor layak untuk mendapat lanjutan masa mengikut tempoh yang tertangguh. Ini dinyatakan dengan jelas di dalam fasal 43 dimana tarikh penyiapan yang baru akan dikira berdasarkan kepada bilangan hari kelwatan memiliki tapak bina.

Mengikut fasal 38.5 (PWD) adalah pembahagian tapak milik dari segi mutlak. Mutlak adalah jika kelwatan berlaku pihak penguasa harus menulis notis dengan menyatakan sebab-sebab kelwatan . Antaranya soalan yang sering dituju adalah kenapa tapak bina ini tidak boleh diserahkan kepada kontraktor.

Empat belas (14) hari dari terima notis dan notis tersebut dihantar melalui berdaftar. Oleh itu, kontraktor perlu menyatakan keputusan dan kontraktor perlu menyatakankeoutusan dan kontraktor diberi dua pilihan iaitu setuju terima kerja tanpa menuntut apa-aapa kerugian dan kontraktor boleh tarik diri untuk tamatkan kontrak tanpa dikenakan caj dan denda.

Mengikut fasal 38.6 PWD adalah pembahagian tapak milik dari segi berbahagi bahagi. Pihak penguasa dikehendaki menulis notis berkaitan kelewatan seperti apa keputusan kontrak yang diambil , kontraktor mempunyai hak untuk memohon dari pihak penguasa untuk menghapuskan bahagian bahagian terlibat.

Jika pihak berkuasa setuju dengan permintaan kontraktor perlulah mempunyai arahan secara bertulis manakal , jika pihak penguasa tidak bersetuju kontraktor layak untuk menuntut kosk erugian langsung disebakan oleh kelewatan yang melebihi 90 hari .

Tanggungjawab Kontraktor

Sebaik sahaja pemilikan tapak bina diberikan maka tanggungjawab utama kontraktor ialah untuk memulakan kerja dan menyiapkan kerja tersebut pada atau sebelum tarikh siap seperti yang dinyatakan dalam lampiran

Perlaksanaan kerja yang perlu ditunjukkan oleh kontraktor mestilah secara berterusan serta mengikut aturan dan dengan penuh komitmen atau tekun

Keperluan ini adalah untuk memastikan kontraktor dapat melaksanakan kerja mengikut jadual yang dipersetujui dan projek berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan

Kepentingan ini disokong oleh peruntukkan lain dimana khidmat kontraktor boleh ditamatkan atas dasar kontraktor gagal melaksanakan kerja dengan berterusan dan pemuh kenyakinan (rujuk fasal 51 Borang Kontrak PWD 203A dan bab 12 berkenaan penamatan pengambilan kerja kontraktor.)

Melaksanakan kerja menikut aturan dan berterusan adalah sangat penting agar jadual perancangan kerja boleh dipatuhi dan projek dapat disiapkan dalam tempoh yang munasah .

Untuk melaksanakan hasrat ini, maka kontraktor perlu bekerja secara sistematik, berterusan dari ke hari dengan bilangan pekerja yang mencukupi, bekalan bahan yang mencukupi serta tidak terganggu dan perancangan jentera yang sesuai dengan kerja yang ingin dilaksanakan

Disamping itu kontraktor yang diwajibkan untuk melaksanakan kerja dengan tekun juga membawa kesan yang beasar terhadap kemajuan kerja pembinaan

Walaupun segala sumber mencukupi dan bekalannya tidak terganggu , tanpa usaha yang bersungguh-sungguh atau tekun , projek berkenaan sudah tentunya tidak dapat disiapkan dalam masa yang dikehendakinya

Oleh itu, kedua-dua tanggungjawab besar ini harus digabungkan oleh kontraktor dalam melaksanakan kerja pembinaan bagi menepati tujuaan atau objektif projek

Tahap Penyerahan Tapak Bina

 Tapak bina yang diserahkan kepada kontraktor pada amnya haruslah keseluruhan keluasan, tanpa ada bahagian yang masih terganggu

Penyerahan tapak bina tersebut mestilah membolehkan kontraktor melaksanakan kerja tanpa gangguan. Contohnya jika tapak bina berkenaan seluas 10 hektara maka keseluruhan 10 hekta ini diserahkan kepada kontraktor pada hari penyerahan tapak bina tersebut.

Walaubagaimanapun ada juga pendapat yang menyatakan sekiranya ada gangguan tertentu keadaan tapak bina yang diserahkan mestilah pada tahap yang membolehkan kontraktor melaksanakan kerja dengan gangguan yang minima dan tidak menggangu kejra-kerja utama dan kelancaran projek untuk sementara waktu .

Manakala baki yang belum diserahkan itu mestilah diserahkan dalam masa yang munasabah dan tidak menganggu kerja secara keseluruhan.

Penyerahan tapak bina secara berperingkat dibenarkan mengikut kebanyakkan borang kontrak dengan syarat dan aturcara tertentu.

Bagi projek yang berdasarkan borang kontrak JKR, hasrat ini perlu dinyatakan semasa peringkat tender. Ini dilaksanakan dengan menyatakan jelas bahagian-bahagian bagi keseluruhan projek yang dipecahkan , tarikh penyerahan tapak bina bagi setiap bahagian-bahagian berkenaan serta jumlah gantirugi kerana tidak siap yang dikenakan

Proses penyerahan tapak bina secara berperinkat ini secara tidak langsung memberi ruang kepadapenyiapan projek berkenaan juga secara berbahagian-bahagian.

Disamping pemilikan tapak bina berperingkat apa jua halangan atau sekatan yang terdapat di tapak bina berkenaan perlu dinyatakan semasa peringkatan menender

Tujuan kedua-dua maklumat ini dimaklumkan kepada kontraktor adalah supaya mereka diberi satu gambaran sebenar dan jelas terhadap kedudukan tapak bina. Sekiranya perlu, kontraktor akan mengambil kira penyerahan tapak bina secara berperingkat dan halangan atau sekatan tersebut dalam pengiraan kos dan tempoh pembinaan sebelum mengemukakan tender.

Syarat Memulakan Kerja

 Terdapat beberapa syarat lain yang perlu patuhi oleh kontraktor sebelum mereka dibenarkan memulakan kerja demi kepentingan umum, pekerja dan kedua belah pihak yang berkontrak iaitu klien dan kontraktor . Syarat tersebut adalah kontraktor perlu menyerahkan kepada klien atau pegawai penguasa perkara-perkara berikut:-

a) Bon Perlaksanaan 

Sebagai jaminan pematuhan dan perlaksanaan terhadap kontrak

b) Insurans Liabiliti Awam

Insuran bagi orang awam dan harta awam.

c) Insurans Kerja

Insurans bagi projek yang dilaksnakan dari malapetaka seperti kebakaran dan lain-lain

d) Nombor Pendaftaran di Skim Keselamatan Sosial Pekerja

Skim perlindungan untuk pekerja-pekerja kontraktor

Dengan syarat ini , ternyata bahawa pemilikan tapak bina dan memulakan kerja adalah dua perkara yang berbeza.

Pemilikan tapak bina yang diberikan kepada kontratorpada tarikh tertentu buka bermakna kontraktor boleh memulakan kerja pembinaan . Maka dengan itu, sebaiknya kontraktor harus menyerahkan perkara-perkara berkenaan secepat mungkin iaitu sebelum tarikh pemilikan tapak bina bagi membolehkan beliau memeulakan kerja sebaik sahaja pemilikan tapak bina diserahkan

Sebarang kelewatan oleh kontraktor mengemukakan perkara-perkara berkenaan tidak akan diberi apa-apa keistimewaan dan apa juga implikasinya akan ditanggungjawab sepenuhnya oleh kontraktor

Sebagai Contoh, ontraktor tidak akan dipertimbangkan untuk lanjutan masa sekiranya lambat menyerahkan perkara-perkara berkenaan walaupun penyerahan tapak bina telah diberikan lebih awal.

Bagi tujuan mematuhi syarat ini kontraktor dibenarkan menyerahkan bon perlaksanaan dalam bentuk yang diterima sehingga jumlah yang dikehendaki adalah lima peratus daripada harga kontrak

Untuk ketiga tiga insurans berkenaan pula, kontraktor dibenarkan mengemukakan nota perlindungan (cover Notes) beserta resit bayran premium bagi mematuhi syarat yag membolehkan beliau memulakan kerja.

Siasatan oleh pihak berkuasa atau orang luar

Semasa tempoh pembinaan kadangkala terdapat sesuatu kejadian yang tidak diingini dan tidak diduga sama sekali di tapak bina berkenaan , seperti kematian , pembunuhan , keruntuhan bahagian struktur dan sebagainya.

Lanjutan daripada kejadian ini , penyiasatan oleh pihak-pihak tertentu perlu dijalankan umpanya oleh pihak polis dan lain-lain

Borang kontrak JKR 203A fasal 38(f) memebri ruang terhadap kehendak ini, dimana kontraktor perlu memberi kebenaran masuk ke tapak bina serta memberi kemudahan dan segala kerjasama bagi membolehkan pihak berkenaan malaksanakan tugas mereka.

Kemudahan dan kerjasama ini bukan hanya terhad kepada penyiasatan tetapi termasuklah memeriksa segala dokumen-dokumen seperti spesifikasi, butir pekerja dan lain-lain maklumat berkaitan projek berkenaan

Sebagai contoh di negara ini sahaja sudah beberapa kali tersiar di dada akhbar tentang kejadian pembunuhan di tapak bina dan juga keruntuhan struktur bangunan yang melibatkan kecederaan dan kematian

0 comments:

Post a Comment