Sunday, 25 February 2018

TOPIK 5 : LANJUTAN MASA

Definisi

Tambahan masa yang dberikan oleh Pihak penguasa kepada kontraktor untuk menyiapkan pembinaan atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh kontrak

Sebab-sebab lanjutan masa

PWD
  • Force majeure
  • Keburukan cuaca yang luar biasa
  • Pergantungan kerja (sebab-sebab yang munasabah)
  • Arahan yang beri oleh Pihak Penguasa berbangkit dari pertikaian
  • Tuan berjiran dengan syarat tak disebabkan oleh pembuatan kontraktor
  • elambatan serah tapak bina
  • Kelambatan dari pihak artisan
  • Kelambatan dipihak subkontraktor 

PAM
  • Force majeure
  • Cuaca buruk yang luar biasa
  • Kekacauan awam/mogok
  • Kontraktor tidak terima arahan
  • Kelewatan/Kegagalan bekal bahan/barangan
  • Kemusnahan akibat perang
  • Pergantungan kerja arahan pihak berkuasa

Permohonan Lanjutan Masa

Buat notis bertulis beserta maklumat-maklumat berkaitan dan dokumen sokogan dan kemukan segera dari tarikh jangka kelambatan

Dokumen Sokongan

1.Ringkasan umum kejadian yang menyumbang kepada kelewatan
2.Tahap kemajuan sebenar ditapak bina
3.Program Kerja
4.Bilangan hari yang lambat/Bilangan hari yang dipohon
5.Klausa syarat-syarat yang boleh kontraktor diberi Kelanjutan Masa
6.Dokumen sokongan lain-lain yang bernas

Pernilaian Tempoh Lanjutan Masa

1. Sebab-sebab kelambatan yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah dikaji sama ada dibenarkan dibawah kontrak
2.Tentukan masa tambahan yang diperlukan untuk menyiapkan kerja
3.Ambil kira kemajuan sebenar di tapak bina
4.Tentukan kelambatan sebenar
5.Pihak Penguasa hendaklah mengambil kira sama ada kontraktor telah sedaya upaya ambil semua langkah elak kelambatan

Tatacara Kelulusan Lanjutan Masa

Jawatankuasa kelambatan dan lanjutan masa (JKLM) dibenarkan untuk meluluskan lanjutan masa

Lanjutan Masa

1.Terima notis bertulis daripada kontraktor mengenai sebab-sebab kelambatan
2.Pihak Penguasa buat penilaian merujuk kepada sektor pakar di ibu pejabat
3.Semasa kemukakan kelulusan ringkasan umum maklumat-maklumat hendaklah diberikan
  • Bagaimana tempoh lanjutan masa dihitung
  • Sama ada sebab kelambatan telah diatasi dan jika tidak langkah dan tindakan yang sedang diambil untuk diatasi
  • Sama ada kontraktor menuntut/tidak menuntut kerugian/perbelanjaan tambahan, jika ada nyatakan anggaran
  • Huraian kemajuan kerja yang telah dicapai dan baki kerja yang belum siap
  • Nyatakan tarikh siap jangkaan

Lanjutan masa juga:-
  • Diluluskan oleh pihak JKLM sendiri
  • Penilaian dibuat keatas permohonan kontraktor dan Pihak Penguasa berpendapat kontraktor mempunyai asas yang kukuh
  • Pihak Penguasa perlu memastikan permohonan dibuat kepada JKLM dengan secepat mungkin bagi memastikan satu keputusan dibuat sebelum tarikh penyiapan yang dibenarkan di dalam kontrak berakhir. 

Kategori-kategori Kelambatan

Berpunca dari Klien
Pihak Kontraktor
Pihak Penguasa

 

0 comments:

Post a Comment