Sunday, 25 February 2018

TOPIK 2: Bond Perlaksanaan

PENGENALAN


DEFINISI:-
      Jaminan yang diberikan oleh pihak ketiga sebagai perlindungan kepada klien terhadap pematuhan dan perlaksanaan tanggungjawab kontraktor dalam menyiapkan projek seperti yang dikehendaki oleh kontrak.

Kadar dan contoh pengiraan bon perlaksanaan


CONTOH PEROLEHAN BEKALAN/PERKHIDMATAN
(i)Tempoh Kontrak :- 3 tahun
(ii)Nilai Kontrak :- RM 4.5 juta
(iii)Kadar bon :- 5%
(berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM1.5 juta)
(iv)jumlah(RM1.5 juta X 5%) :- RM75000

i)Tempoh Kontrak :- 2 tahun
(ii)Nilai Kontrak :- RM 500k
(iii)Kadar bon :- 2.5%
(berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM250k)
(iv)jumlah(RM250k X 2.5%) :- RM6250

JENIS-JENIS BON PERLAKSANAAN
Terdapat dua jenis bon pelaksanaan yang boleh dikemukakan oleh pihak kontraktor iaitu Jaminan Bank atau Bank Guarantee dan Wang Jaminan Pelaksanaan atau Performance Sum Guarantee.

Bon Pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank.
Adalah satu bon yang disediakan oleh pihak kontraktor dan dikeluarkan oleh bank-bank tempatan mengikut nilai 5% daripada jumlah harga kontrak. Tempoh jaminan tersebut adalah meliputi tempoh harga kontrak asal + tempoh kecacatan kerja + 1 tahun.

Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP)

Ialah satu kaedah alternatif penyediaan bon pelaksanaan sekiranya kontraktor gagal atau tidak dapat
mengemukakan bon  dalam bentuk jaminan bank. Cara pelaksanaan kaedah ini ialah melalui pemotongan bayaran interim sebanyak 10% sehingga ia mencapai nilai 5% dariapada harga kontrak.


Tempoh Sah Laku

Tempoh sah laku jaminan bagi Bon Pelaksanaan hendaklah dari tarikh ianya dikeluarkan sehingga 12 bulan selepas tarikh tamat kontrak atau selepas obligasi terakhir, mengikut mana yang terkemudian.



Pelepasan bon perlaksanaan  

1) Pelepasan bon perlaksanaan atau baki yang masih ada akan dilepaskan atau dipulangkan kepada kontraktor setelah beliau selesai melaksanakan tanggungjawabnya membaiki segala kecacatan. Ini bersesuaian dengan tanggungjawab utama kontraktor iaitumembina dan menyiapkan projek dan membaiki kecacatan seperti yang dinyatakan di dalam perkara perkara perjanjian fasal 3. pengesahan perlaksanaan membaiki kecacatan ini diakui dengan keluarnya perakaun siap membaiki kecacatan oleh PP mengikut peruntukan berdasarkan fasa 45 borang kontrak JKR 203A 

2) Pelepasan bagi wang jaminan perlaksanaan dibuat secara dua peringkat . Sebahagian daripada wang wang disimpan iaitu sebanyak 50% akan dikembalikan kepada kontraktor  siap melaksanakan kerja,iaitu selepas perakauan siap kerja dikeluarkan. Bagi sebanyak 50% lagi akan terus disimpan sehingga kontraktor siap melaksanakan kerja kerja pembaikan segala kecacatan yang timbul dalam tempoh  liabiliti kecacatan . Sama seperti peruntukan bagi gerenti bank  dan gerenti insuran sebanyak 50% ini hanya akan dikembalikan slepas perakauan siap membaiki kecacatan dikeluarkan.

INSURANS
DEFINISI:-
Insurans Kerja :
       Jaminan yang diberikan oleh pihak ketiga sebagai perlindungan kepada klien dan kontraktor bagi sesuatu projek pembinaan sekiranya terjadi apa-apa bencana,malapetaka seperti yang disenaraikan di dalam syarat-syarat kontrak keatas kerja-kerja di tapak bina semasa projek sedang dilaksanakan oleh kontraktor.
Insurans Liabiliti Awam :
       Jaminan yang diberikan oleh pihak ketiga sebagai perlindungan kepada klien dan kontraktor sekiranya terjadi kemalangan yang mengakibatkan kecederaan/kematian orang awam atau kerosakan harta benda orang awam yang berada di persekitaran tapak bina.
Insurans Nyawa :
      Insurans nyawa ialah kontrak antara pemegang polisi dan syarikat insurans. Syarikat insurans berjanji untuk membayar benefisiari tentuan sejumlah wang (atau "manfaat") apabila orang yang diinsuranskan meninggal. Bergantung kepada kontrak, peristiwa lain seperti penyakit terminal atau penyakit kritikal juga boleh mencetuskan bayaran. Sebagai balasan, pemegang polisi bersetuju untuk membayar jumlah yang ditetapkan ("premium") pada jarak waktu yang tetap atau secara sekaligus.
Skim Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) :
     Jaminan  yang diberikan oleh pihak ketiga sebagai perlindungan kepada kontraktor dan pekerja subkontraktor dinamakan sekiranya terjadi kemalangan di tapak bina atau tempat lain (bergantung kepada skim yang diambil)  yang menyebabkan kecederaan/kematian.

KEPENTINGAN INSURANS
Insurans Sepanjang Hayat
1.Memberikan perlindungan sepanjang hayat (sehingga usia 99 tahun atau 100).
2.Menganndungi unsur simpanan menerusi dalam bentuk dividen.
3.Polisi akan mengumpulkan nilai tunai.

Insurans Bertempoh
1.Melindungi orang yang diinsuranskan untuk tempoh yang tertentu dan membayar manfaat kematian atau hilang upaya kekal apabila ia berlaku dalam tempoh tertentu.
2.Pilihan tempoh adalah 1,3,5 atau 10 tahun dan keatas.

JENIS-JENIS INSURANS
ØInsurans Kerja
ØInsurans Liabiliti Awam
ØInsurans Semua Risiko (CAR)
ØInsurans Pampasan Pekerja
ØSkim Keselamatan Sosial Pekerja

LIPUTAN INSURANS

LIPUTAN MINIMUN BAGI SETIAP KEMALANGAN DAN UNTUK BILANGAN KEMALANGAN YANG TIDAK TERHAD UNTUK PROJEK KERAJAAN YANG MEMPUNYAI RISIKO YANG DIANGGAP BIASA 


TEMPOH INSURANS

Insurans kerja
ØTarikh milik tapak tinggal perakuan siap kerja

Insuran liabiliti awam
ØTarikh milik tapak hingga tamat tempoh liabiliti kecacatan + 14 hari +3bulan.

Insuran semua risiko(CAR)
ØTarikh milik tapak hingga tamat tempoh liabiliti kecacatan + 14 hari +3bulan 

Insuran pampasan kerja
ØTarikh milik tapak hingga tamat tempoh liabiliti kecacatan + 14 hari +3bulan.

Skin insurans keselamatan kerja
ØTidak bergantung kepada projek
ØSepanjang tempoh pekerjaan dan mencarum



0 comments:

Post a Comment