Sunday, 25 February 2018

TOPIK 7: DISPUTE AND ARBITRATION

DEFINISI DISPUTE (PERTIKAIAN)
Satu perbezaan pendapat yang terjadi antara dua belah pihak atau lebih yang tidak bersetuju dengan sesuatu perkara.Pertikaian juga bermaksud satu perselisihan,pembantahan atau pertentangan.Mahkamah Keadilan Antarabangsa pula mentakrifkan pertikaian sebagai “ketidak persetujuan atas sesuatu perkara undang-undang atau fakta,sesuatu konflik atas sesuatu pendapat undang-undang atau kepentingan di antara dua pihak”

DEFINISI ARBITRATION (TIMBANG TARA)

Mediation-Rundingan dengan pengantaraan pihak ketiga (pengantara)

Adjudication-perselisihan yg dikemukakan kepada adjudicator untuk keputusan yang mengikat kecuali diganti oleh timbang tara / litigasi.

Arbitration-perselisihan yang dikemukakan kepada penimbang tara untuk keputusan yng mengikat

Litigation-proses membuat tuntutan sivil di mahkamah undang-undang.

HUBUNGAN ANTARA PERTIKAIAN DAN TIMBANG TARA

Apabila timbul pertikaian,maka pertikaian perlu diselesaikan atau dikawal.Pertikaian perlu dikawal demi menjamin pelaksanaan projek pembinaan tersebut dan juga kebaikan pihak-pihak yang terlibat dan akan merujuk kepada timbang tara untuk selesaikan masalah.

 Terdapat 2 cara penyelesaian pertikaian iaitu sama ada melalui kaedah tradisional iaitumahkamah atau melalui kaedah alternatif iaitu timbang tara.

Bagi memperolehi keputusan yang adil maka penimbang tara perlu menjalankan tanggungjawab supaya pertikaian kedua-dua belah pihak dapat diselesaikan.

 Jika pertikaian ini berlaku yang membangkitkan dalam kontrak maka jika masalah pertikaian itu tidak diselesaikan maka akan dirujuk kepada timbang tara supaya mendapat keputusan yang muktamad.
 

BERDASARKAN PAM CONTRACT 2006 

34.5

Sekiranya terdapat pertikaian antara majikan dan kontraktor sama ada semasa kemajuan atau selepas penyelesaian atau kelebihan kerja-kerja mengatasi
Perkara yang berkaitan dengan kontrak mengikut PAM 34.5 a,b,c,d dan e.
34.6

Mana-mana pihak boleh memberi notis bertulis kepada pihak yang satu lagi bahawa pertikaian/perbezaan sedemikian hendaklah dikehendaki kepada seseorang penimbang tara untuk dipersetujui antara pihak-pihak.
Selepas 21 hari jika kedua-duanya tiada keputusan maka Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia akan melantik penimbang tara.

34.7

Apabila perlantikan, penimbang tara hendaklah memulakan proses timbang tara selaras dengan peruntukan akta timbang tara 2005 atau mana-mana pengubahsuaian berkanun atau re-enactment kepada akta dan kaedah timbang tara PAM atau apa-apa pengubahsuaian atau semakan terhadap kaedah-kaedah sedemikian

34.8

Kuasa yang ada pada penimbang tara pada kontrak dan akan semak kontrak dan ada kuasa untuk ubah kontrak.

Untuk mengarahkan pengukuran dan penilaian sedemikian sebagaimana yang pada pendapatnya wajar untuk menentukan hak pihak-pihak.

Untuk menentukan dan memberi apa-apa jumlah yang sepatutnya menjadi subjek atau termasuk dalam mana-mana sijil.

BERDASARKAN PWD FORM 203A

66.1 sehingga 66.11

66.3

Pertikaian /perbezaan sedemikian akan ditakrifkan kepada timbang tara dalam tempoh empat puluh lima (45) hari kepada seorang penimbang tara yang akan dipersetujui antara pihak-pihak dan gagal dalam perjanjian sedemikian untuk dilantik oleh Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau di Kuala Lumpur atas permohonan salah satu pihak timbang tara akan didengar di Pengarah Pusat Serantau Kuala Lumpur untuk timbang tara dan hendaklah dijalankan mengikut kaedah untuk timbang tara menggunakan kemudahan dan system yang terdapat di pusat.



Prosedur :                  
 a) untuk melantik/ menarik diri penimbang tara                  
 b) Untuk menyelesaikan pertikaian    

Timbang tara klausa 66.9 (P.W.D FORM 203A)
 
Sekiranya penimbang tara hendak menarik diri/mati atau ketidakupayaan maka pihak-pihak perlu melantik orang lain untuk menjadi penimbang tara.
 
Jika terdapat pihak yang tidak bersetuju untuk melantik penimbang tara, maka penimbang tara hendaklah dilantik oleh Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur.

Jika salah satu pihak gagal melantik atau kedua-dua penimbang tara itu gagal bersetuju untuk penimbang tara yang ketiga dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan bertulis.
 
Maka mana-mana pihak boleh memohon kepada Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur untuk perlantikan tersebut.
 
Dalam melantik seorang penimbang tara Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur atau Mahkamah Tinggi mestilah memberi perhatian kepada apa-apa kelayakan yang dipersetujui, pertimbangan lain dan seorang penimbang tara berkerakyatan.
 
Tiada rayuan boleh diambil terhadap apa-apa keputusan Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur atau Mahkamah Tinggi.



Untuk Menyelesaikan Pertikaian

32. (1) Jika, semasa prosiding timbang tara, pihak-pihak menyelesaikan pertikaian, tribunal timbang tara hendaklah menamatkan prosiding itu dan, jika diminta oleh pihak-pihak dan tidak dibantah oleh tribunal timbang tara itu, merekodkan penyelesaian dalam bentuk suatu award atas terma yang dipersetujui.

(2) Suatu award mengikut terma yang dipersetujui hendaklah dibuat mengikut peruntukan seksyen 33 dan hendaklah menyatakan bahawa ia suatu award.

(3) Suatu award yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai suatu award mengikut merit kes itu.

Terdapat 2 cara penyelesaian pertikaian iaitu sama ada melalui kaedah tradisional iaitu mahkamah atau melalui kaedah alternatif iaitu timbang tara.
 

Kepentingan Menggunakan Timbang Tara Dalam Kontrak Pembinaan

Dapat memilih ahli-ahli tribunal timbang tara untuk mendengar kes tertentu bergantung kepada spesifikasi kes /Dapat memilih penimbng tara sendiri mengikut kepakaran dlm bidang yg terlibat dlm perselisihan tersebut.

Pihak2 mempunyai banyak alternative utk memilih kaedah tatacara yg akan dikenakan terhadap pertikaian

Merupakan resolusi pertikaian , yang biasanya lebih cepat dan lebih murah (Pendengaran yang lebih cepat dan kurang kertas kerja bermakna kos yang lebih rendah ditanggung oleh pihak2)

Ia adalah peribadi - tidak ada rekod awam tentang apa-apa prosiding, walaupun tidak semestinya sulit.

Pihak2 blh bersetuju bahawa maklumat yg didedahkan semasa rundingan tidak dapat digunakan nanti.  

Keburukan Menggunakan Timbang Tara Dalam Kontrak Pembinaan 

Pihak-pihak mesti menanggung kos penimbangtara dan tempat masing-masing.

Kadang-kadang timbang tara hanya meniru proses pengadilan dan sehingga anda tidak mendapatkan kelebihan informal dan kecepatan.

Kuasa terhad paksaan atau sanksi jika satu pihak gagal mematuhi arahan penimbangtara, yang dapat memperlambatkan prosesnya.

Hak rayuan terhad/ keputusan penimbang tara adalah mutamad.









Award Timbang Tara

Dokumen yang memberi dan menerangkan keputusan penimbang tara.

Ia merupakan secara bertulis yg ditandatangani oleh mereka. (m/s 27,33.1)

Klausa 66.8- 203A/2010 (pwd) &  klausa 34.11 (pam)  “award”  adalah mengikat kedua-dua belah pihak.

Seorang penimbang tara mempunyai kuasa utk mengeluarkan interim, separa dan award akhir.

Selepas award dibuat, Salinan award itu yg ditandatangani oleh penimbang tara, hendaklah dihantar kepada setiap pihak.

Pembetulan dan tafsiran award / award tambahan (m/s 29, 35)

Dlm masa 30hari dari tarikh award dikeluarkan.

Award adalah muktamad dan mengikat (m/s 30,36)

Penimbang tara tidak boleh mengubah, memininda, memperbetulkan, mengkaji semula, menambah atau membatalkan award yg tela dibuat kecuali yg diperuntukan secara khusunya dalam seksyen 35.
 
Kesan Timbang Tara Kepada Kontrak

Sekiranya bankrup, perbicaraan perlu diteruskan sama ada selesaikan masalah bankrupt atau ganti dengan orang lain.(m/s 40/ 49.1)

Klausa 66.6 (pwd) - Jika apa-apa prosiding timbang tara yang dijalankan menurut fasal 66.3, pihak-pihak boleh membuat apa-apa tuntutan balas berhubung dengan apa-apa pertikaian atau perbezaan yang timbul daripada kontrak

Sebarang keputusan PP secara bertulis dan akan mengikat pihak2 kontrak sehingga siap kerja.

0 comments:

Post a Comment